Lelaki sejati :
1. Mereka tidak pernah meletakkan golongan wanita di aras bawah.. bagi mereka, wanita perlu dijunjung sama paras bahu mereka.
2. Sekuat mana mereka, kelembutan perlu di tonjolkan terhadap kaum wanita. tidak kira semasa bercinta mahupun selepas berkahwin.
3. Setiap saat yang dimiliki oleh lelaki sejati perlu di kongsikan bersama wanita.... walaupun di saat duka lara.
4. keprihatinan lelaki sejati terhadap wanita amat tinggi hatta setitis darah yang menitis akibat terhiris pisau pemotong sayur pun akan dirawat seperti mangsa kemalangan jalan raya.
5. lelaki sejati tidak akan membiarkan wanita cinta hatinya melakukan sesuatu seorang diri.. walaupun memasak. "biar aku termakan cili api namun ku rela disisinya."
6. segagah gagah lelaki sejati, dia tidak akan memukul wanitanya dengan tangan atau sebarang alat. kerana mereka tahu wanita itu rapuh seperti tulang rusuk.
7. lelaki sejati tidak akan membiarkan kebajikan wanitanya terabai walaupun wanita itu mahukan sekeping coklat.
Lelaki sejati bukanlah pada kejantanannya semata2, tetapi sekuat mana mereka mampu menyediakan keperluan untuk wanitanya sebagai suatu nafkah. Lelaki sejati juga bukanlah pada kekuatannya, tetapi sejauh mana kasih sayang yang ada padanya.
Mahu jadi lelaki sejati?
1. sediakan keperluan isteri secukup mampu.
2. selalu beri peringatan dan nasihat sebagai pedoman hidup.
3. jangan segan mengucapkan kata salam atau cinta buat isterinya. lebih baik kalau disertai sekuntum bunga setiap pagi.
4. ucapkan kata sayang setiap kali sebelum tidur agar mereka tidur bermimpikan kita.
5. kalau isteri menangis, kita pujuklah mereka walaupun terpaksa mengeluarkan air mata. air mata itu penyejuk jiwa, memadamkan kebencian yang menyala.
6. sebaiknya, panggillah isteri dengan nama manja seperti sayang, ya Humairah (si merah jambu), dinda.
7. bila isteri panggil, jawablah dengan jawapan.. ya sayang, boleh abang bantu?
8. bila isteri menangis, dakaplah isteri agar tangisannya reda dan berikan kucupan kasih sebelum bertanyakan masalahnya.